SALAM! Minggu ni ialah minggu jalan2 cari makan dan cuti2 Malaysia. Ini gambar di KB semasa siri jelajah cuti bulan Jun sempena cuti sekolah penggal dua. Letih tapi kenyang. Kami tinggal di apartment yang selesa, luas dan lengkap dgn semua peralatan. mengadap Sg Kelantan pulak tu. Tapi lain kali, kalau ke Kelantan, kena pegi 4 hari 3 malam. Itu paling kurang. Pergi sana untuk makan2, memancing di Tok Bali dan jalan-jalan di Wakaf Che Yeh. Kami tak cukup masa nal ke Golok dan Pengkalan Kubor. Maybe, next time..
SALAM! Kalau ke Tasik Kenyir, jangan lupa bawa pancing. Aku dah beberapa kali ke sana. Tak puas2. Ada chalet cantik (muat satu famili 3 anak dengan mudah). Ada tempat makan ikan sungai yang sedap. Ada udara nyaman. Ada sebarau. Ada toman. Dan kalau kena pada musim, ada durian dan macam2 buah tempatan.
SALAM! Petang tadi (16 May) aku melawat Kak Yong di rumahnya di Ulu Klang. Lama tak jumpa. Dia nampak ceria. Bagi seorang yang sedang berjuang habis-habisan dengan penyakitnya, Kak Yong memang a "real fighter." Orang lain yang mengalami penyakit yang lebih ringan patut ikut semangat Kak Yong. Ini orang tak mudah kalah punya! Aku sampai sebaik sahaja dia lepas mengambil wudhuk untuk solat 'asar. Get well soon Kak Yong! Doa kami bersama mu!
SALAM! Hari ini 16 Mei aku ke rumah Kedah untuk sarapan. Hari ni juga si Khaleda turun ke Taman Equine untuk berjumpa keluarga sebelum masuk UIA, Nilai. Syabas!
Salam! ini gambar semasa kenduri doa selamat di BTS selepas beberapa orang masuk dan keluar hospital. Termasuk aku sendiri. Jamuan simple aje. Kehadiran amat dihargai.