Saturday, August 8, 2009

Sekali-sekali jumpa...






SEKALI-sekali jumpa memang elok. Mesra dan banyak cerita. Hari ni (Sabtu 8 Ogos) aku buat kenduri arwah sikit. Panggil saudara mara. Di sini gambar saudara-mara sebelah Cik. Masing-masing bawa cucu dan treler panjang. Kereta baru pun ada..

Saturday, July 18, 2009

Durian D24 sangat murah di Kelantan






JOM pergi Kelantan! Aku di Kota Baru selama 3 hari semasa pilihanraya kecil Manek Urai minggu ni. Banyak durian. Sempat juga try durian kampong. Tapi banyak jua durian baru macam D24. Murah. Dua biji cuma $3! mana boleh dapat kat KL! Masa di sana, aku masuk kampong dan sempat juga hadiahkan orang kampong satu papan karom. Staff NST kongsikongsi dan belikan budak2 kampong set karom. Makan pun sedap. Jom ke Kelantan untuk shopping raya! Gambar dua boat dalam sungai tu diambik dari bilek Hotel Riverview. Menarik!

Sunday, July 12, 2009

Terima kasih daun keladi


SALAM! Semalam, 11 July, genap satu bulan aku masuk balik menjadi wartawan secara rasmi. Tapi kali ni masuk balik "sikit atas." Dulu aku jadi Group Editor atau Pengarang Kumpulan. Kali ni jadi Pengarah Eksekutif (Berita). Kali juga di dua tempat pulak. Iaitu di NSTP dan Media Prima. Secara tiba-tiba, aku sekarang menjada 3 surat khabar (NST, Berita Harian dan Harian Metro) dan TV3, TV7, TV8 dan TV9 dan 3 stesen radio. Rupa-rupanya Hot FM dan Fly FM pun aku kena tengok juga. Ini semua berkat doa kaum keluarga dan para sahabat serta guru2 dan anak-anak yatim yang kita bantu dari masa ke masa. Syukur Alhamdulillah. Baru-baru ini, anak-anak, isteri, menantu dan cucu bagi hadiah kek untuk makan bersama. Satu kali tarok, semua clear. Thank you daun keladi, kalau ada, bawak lagi!

Saturday, July 11, 2009

Durian dah berbunga di Behrang







DURIAN DAH BERBUNGA! Itulah yang aku nak bagi tau semua orang. Pokok durian di tanah Encik di Behrang dah berbunga. Aku ke sana dengan Chein dan Apau minggu lepas. Pergi kejap aje. Nak tengok kebun yang semak dengan lalang. Aku dah minta Am carikan orang yang ada back-pusher untuk bersihkan kebun. Apapun, tak berapa lama lagi kita dapat merasa durian kampong, insyaAllah. Kalau ada masa, datanglah ke kebun untuk sama-sama kita bersihkan kebun. Lepas tu kita boleh pergi mandi sungai. GMBr ini menunjukkan bunga durian dan tempat babi hutan berkubang. Kalau sesiapa nak menambak babi hutan, jom ke Behrang..

Thursday, July 2, 2009

Jom melancong ke Turkey yg menakjubkan














































JOM pergi ke Turkey! Aku sempat tidor satu malam di Istanbul, Turkey dalam bulan Februari lepas. Selepas membuat kerja amal di Gaza dengan Yayasan Salam, aku dan rakan-rakan singgah satu malam di Istanbul dalam perjalanan balik. Memang cantik tempat ini. Aku, Hadi, Hj Anuar dan Mikaeel tidor di sebuah hotel yang tidak berapa jauh dari airport. Pada sebelah malamnya, kami berjalan ke kawasan Blue Mosque yang menjadi salah satu mercutanda negara itu. Lihat beberapa gambar yang sempat dirakam di situ. Kami makan di sebuah restoran makanan laut yang luar biasa. Ikan yang disaji dipilih sendiri. Setiap restoran ada kedai ikannya sendiri. Pilih dan tukang masak akan menghidangnya. Semasa makan, satu kumpulan penyanyi datang menghiborkan pengunjung. Tak dengan lama, kena bagilah sedikit sumbangan. Kami berangkat pulang ke tanahair pada keesokan harinya.

Tuesday, June 30, 2009

Moga2 rohnya dicucuri rahmat







AL-FATIHAH. Dalam usianya yang muda, Yoi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Usianya baru 31 tahun. Anak arwah Pak Cik Latif di Sg Choh menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 20hb Jun, 2009 di rumah Ibunya di Kg Tanjong. Arwah menghidap prostat cancer. Biasanya prostat cancer ini mengancam orang lelaki dewasa tetapi ia tidak mengenal umor dan apa tanggongan si pengidap. Yoi mula masuk hospital di Selayang. Dia dibedah di situ. Aku melawatnya beberapa kali semasa di situ. Seterusnya, Yoi dimasukkan ke HUKM dan akhir sekali di HKL. Aku melawat arwah pada 19hb Jun di HKL. Menurut isterinya, dia sentiasa tertanya-tanya bila akan melawat. Dia kenal aku tetapi dia tidak banyak berkata-kata. Dia diberi morfin untuk mengurangkan kesakitan tetapi itu tidak memadai kerana kanser yang diidaminya terlalu agresif. Keluarganya membuat keputusan untuk membawanya pulang pada 20hb dan arwah meninggal kira kira pukul 2.15petang. Aku sempat menghadiri majlis pengkebumiannya di tanah perkuburan Sg Choh. Kuburnya bersebelahan dengan pusara bapanya, Pak Cik Latif (Boss). Moga-moga rohnya di cucuri rahmat rahmat.

Monday, June 29, 2009


SALAM SEMUA! APA KHABAR? Lama tak menulis kat sini. Sibuk sikit sejak beberapa minggu sebelum ni. Banyak spekulasi tentang diri ni. Kadang2 menjadi tekanan pulak. Ada cerita kata Yob nak masuk balik ke NSTP. Ada kata tak jadi. Macam-macam hal. Cerita sebenar tak kurang hebat, tapi terpaksa jadi rahsia. Heheh! Aku dah mula menulis balik dalam NST setiap hari Ahad. Dah lebih kurang dua bulan menulis. Semalam (28 Jun) aku menghidupkan semula tulisan bertajuk Pahit Manis. Kolum ini dihentikan banyak tahun dulu apabila beredar dari Balai Berita. Aku bekerja 26 tahun di situ tetapi keluar mencari rezeki di tempat lain pada 2004. Kini roda berpusing lagi, dan aku kembali ke NSTP sebagai Pengarah Eksekutif, Berita. Aku juga diberi tanggongjawab tambahan sebagai Pengarah Eksekutif, News di Media Prime yang mengruskan 3 stesen TV dan 3 stesen radio. InsyaAllah, berkat doa saudara mara dan para sahabat, tugas dan amanat berat ini dapat dipikul.