ASSALAMUALAIKUM! Selepas berkampong semalaman di Sri Pena, kita pulang ke rumah masing-masing. Pada hari Ahad, selepas bersarapan, masing buat persiapan untuk pulang. Tetapi sempat juga satu pertandingan futsal diadakan. Selepas sessi bergambar, kami semua bersurai ke rumah masing-masing dengan doa dan harapan agar kita akan bertemu lagi di masa hadapan. Sebenarnya, jodoh pertemuan, ajal maut, semuanya di tangan Tuhan. Adaah menjadi harapan kita semua agar silaturrahim yang terjalin akan berterusan, demi pertalian darah dan ikatan agama yang ada pada kita semua.
Bak kata pepatah Melayu:
kalau ada sumur di ladang,
boleh saya menumpang mandi,
kalau ada umur panjang,
boleh kita berte,u lagi.
kalau ada jarum yang patah,
jangan di simpan dalam peti,
kalau ada silap dan salah,
jangan disimpan di dalam hati.