ASSALAMUALAIKUM! Mari kita berehat sekejap. Semalam (Sabtu 19 Jan) dan hari ini, aku sekeluarga berkumpul di rumah Kedah di Taman Equine. Kami semua cemas semalam apabila Encik (Bonda) sakit dan tidak boleh berjalan. Alhamdulillah, dia semakin sihat. Namun, dalam umurnya yang masuk 86 tahun, kita semua patut selalu berdamping dengan dia untuk memenuhi apa juga hajatnya. InsyaAllah, kami adik beradik boleh memberi cukup perhatian kepadanya.
Aku mahu berkongsi gambar2 yang dirakam semasa kami bercuti di Langkawi. Kami ke sana untuk beberapa hari bermula 23 Dis. Naik Air Asia selepas dapat tambang murah. Satu kumpulan berlepas pagi 23 Dis. Aku dan anak2 arwah Mamat pergi penerbangan malam. Kami tinggal di Berjaya Resort, di villa atas laut. Kami pakai satu villa besar dan dua chalet kecil. Semuanya atas laut! Muat untuk 22 orang.
Kami diberi kemudahan 2 van untuk ke sana ke mari. Apa lagi, puak2 yang datang dengan dompet yang penuh bershopping bagai nak rak! Beli apa? Beli cokelat aje. Ada juga yang beli hadiah...Aku beli garfu dan sudu. Jangan tanya macam mana aku boleh beli sudu dan garfu pulak, tapi itulah yang aku beli. Kami sempat makan di Laksa Kaw yang dikelolakan oleh kawan aku. Beliau ialah Capt Mat, bekas Komando. Kami juga makan di Kalut, satu-satunya restoran di Langkawi yang menyediakan masakan panas. Di kedai itu, kita pilih ikan yang nak makan. Tukang masak terus masak kejap tu juga dan hidang lauk panas2 lagi. Tak terkira sedapnya.
Oh ya, setiap hati sarapan pagi disediakan di villa besar yang dihidang oleh butler khas untuk kami. VVIP betul!
Pada hari ke dua kami buat doa selamat dan tahlil untuk arwah2. Banyak kenangan manis ahli keluarga di Pulau langkawi. jika difikir dan dikenang, boleh menitis air mata. InsyaAllah tahun depan, lebih ramai ahli keluarga dapat bercuti di Langkawi dengan beberapa aktiviti tambahan. Pada 2 hari berturut-turut, remaja dalam kumpulan ini main jetski. Tiga jetski untuk satu jam setengah setiap satu. Kopak juga dibuatnya.
Apapun, cerita aje tak cukup. Lihatlah gambar2 yang sempat dirakam ini. Jangan marah atau jealous! Tahun depan boleh join. Tapi kenalah ikut syarat2 yang ditetapkan. Tak susah, cuma perlu jaga silaturrahim sesama keluarga.
Monday, January 21, 2013
Friday, January 18, 2013
ASSALAMUALAIKUM! Selamat pagi semua. Hari ini cuma mau bagi sedikit maklumat terbaru. Bonda saya uzur dan berada di rumah adik saya di Sri Kembangan. Kami adik beradik dapat panggilan dari Kedah tengahari semalam dan bergegas ke rumahnya di flat Taman Equine. Bonda saya dah masuk 86 tahun usianya. Maka bagi orang yang berumur macam tu, dia mula hilang ingatan dan badan2 pun agak lemah. Dia tak boleh berdiri dengan sendiri dan perlu dipapah untuk ke bilik atau ke ruang tamu. Kepada semua saudara mara, saya mohon bantuan agar kita sama2 doakan Bonda saya dipelihara Allah SWT dan diberi kesihatan yang baik. Bagi sesiapa yang ingin menalipon Kedah untuk mendapat maklumat tambahan, nombornya ialah 0196934582. tq
Wednesday, January 16, 2013
Kongsi-kongsi kembali aktif...!
ASSALAMUALAIKUM, salam sejahtera dan selamat pagi. Aku mulakan tulisan ini dengan ucapan mohon ampun dan maaf. Ampun dan maaf kerana tidak menulis sebarang catatan baru dalam blog ini. Ianya satu kerugian. Banyak sangat bingkisan yang tercicir begitu saja. Banyak juga sebab-musabab mengapa blog ini tinggal tanpa dibelai dengan kisah2 keluarga dari masa ke masa.
Namun, blog ini mahu kembali berkhidmat demi silaturrahim keluarga dan siapa saja yang sanggup membukanya. Sudah banyak pembaharuan teknikal yang dimuat oleh Blogspot. Aku pula bukan orang yang mahir dengan selok-belok ini. Tetapi, aku akan terus mencuba agar blog ini akan dapat terus bersuara dari masa ke masa dengan paparan2 yang aku harap dapat memberi manfaat kepada kita semua. Aku tahu bawa Facebook begitu mudah untuk dibaca. Blog ini ialah sebagai tambahan kepada apa yang terkandung dalam blog.
InsyaAllah blog ini akan terus hidup selagi hayat dikandung badan.
Keterangan gambar/caption:
Gambar atas dirakam di lapangan terbang Langkawi pada 26 Dis. 2012 semasa cuti keluarga di pulau legenda itu.
Gambar bawah dirakam di lapangan terbang Mogadishu, Somalia. Aku sempat ke sana dalam misi bantuan ke negara Islam yang tidak kenal erti keamanan sejak 20 tahun lalu atas sebab2 perbalahan politik.
Namun, blog ini mahu kembali berkhidmat demi silaturrahim keluarga dan siapa saja yang sanggup membukanya. Sudah banyak pembaharuan teknikal yang dimuat oleh Blogspot. Aku pula bukan orang yang mahir dengan selok-belok ini. Tetapi, aku akan terus mencuba agar blog ini akan dapat terus bersuara dari masa ke masa dengan paparan2 yang aku harap dapat memberi manfaat kepada kita semua. Aku tahu bawa Facebook begitu mudah untuk dibaca. Blog ini ialah sebagai tambahan kepada apa yang terkandung dalam blog.
InsyaAllah blog ini akan terus hidup selagi hayat dikandung badan.
Keterangan gambar/caption:
Gambar atas dirakam di lapangan terbang Langkawi pada 26 Dis. 2012 semasa cuti keluarga di pulau legenda itu.
Gambar bawah dirakam di lapangan terbang Mogadishu, Somalia. Aku sempat ke sana dalam misi bantuan ke negara Islam yang tidak kenal erti keamanan sejak 20 tahun lalu atas sebab2 perbalahan politik.
Friday, April 6, 2012
Ismail (Tom) 1958-2012
SALAM! Ismail bin Othman, atau Ismail bin Fatimah (bacaan dalam talqin), kembali kerahmatullah hari ini. Arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada kira-kira pukul 3pagi di rumahnya di Kg Chubadak Tambahan di Sentul. Arwah berumur 51 tahun. Arwah di masukkan ke hospital di Tampin Ahad lalu (1 April) setelah mengadu sesak nafas. Arwah duduk dalam wad selama empat hari. Arwah balik ke rumahnya di Sentul pada hari hari Rabu. Arwah meninggal disamping isterinya.
Arwah bekerja sendiri, iaitu memandu teksi di sekitar KL. Anaknya Khalid belajar kejuruteraan elektronik di Sabak Bernama. Adik arwah, Razali, bekerja sebagai pengawal keselamatan di KL.
Aku mendapat panggilan dari Nor, isteri arwah, pada kira-kira pkl 310pagi. Kebetulan, aku tidor awal dan terjaga dalam pukul 2 pagi. Selepas mendapat panggilan itu, aku ke HKL bersama KakCik untuk mengurus jenazah. Jenazah dimandi dan dikafankan di HKL sebelum di bawa pulang ke surau berhampiran rumahnya kira-kira pkl 9pagi. Selepas disembahyangkan, jenazah dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan pada kira-kira pukul 10 pagi.
Moga-moga Allahyarham ditempatkan di tempat yang telah dijanjikan olehNya.
Sunday, March 18, 2012
Apau 35 tahun khidmat dgn TNB
SALAM! Hari ni si Apau (Jaafar) makan sedap di ibu pejabat TNB. Hari ni dia diberi pengiktirafan oleh majikan dia, TNB. Ini sempena 35 tahun perkhidmatan dengan TNB. Arwah Abah dulu kerja dengan TNB juga. Masa arwah masuk kerja, TNB dipanggil CEB, Central Electricity Board. Lepas tu baru ditukar kepada LLN, Lembaga Letrik Negara. Kalau tak silap, ini ialah kali kedua Apau dapat hadiah sempena khidmat lama. Aku masih ingat lagi macam mana dia mula kerja. Gelihati juga dibuatnya. Aku baru aje lepas majlis kenduri kahwin di Sg Buloh. Jaafar pulak dapat kerja dengan TNB beberapa hari tu. Aku ingat arwah belikan motor lama untuk Apau pakai pergi kerja. Motor tu jugalah yang aku try bawak di sekitar Sg Buloh. Tapi minat motor tak lekat. Arwah mesti gembira tengok Apau meneruskan kerjanya di TNB, satu-satunya majikan yang memberi banyak kemudahan kepada kakitanganna.
Syabas Apau. Boleh belanja makan lepas ni!
Gambar ini dirakam semasa kenduri doa selamat di rumah Apau di Semenyih.
Thursday, January 26, 2012
Happy birthday Sophia, Sara, Hamdan
ASSALAMUALAIKUM semua! Baru-baru ni aku buat makan-makan di restoran seorang kawan di Subang Jaya. Kelantan Delights nama restoran tu. Ia dipunyai oleh bekas wartawan NST Hj Juhaidi Yean Abdullah bersama rakan kongsinya, Sabri. Jamuan tu dibuat sempana birthday Sophia dan Sara Nor. Juga sempena birthday Hamdan tapi dia tak dapat hadir kerana kerja. Aku nak mencadangkan kita buat joint birthday celebrations pada setiap bulan. Boleh dibuat di rumah atau di mana saja yang difikirkan sesuai.
Kelantan Delights ni mahal sikit tapi kita boleh dapat discount. dan kalau kita order makanan lebih awal, kita boleh dapat makanan dihidangkan awal. Tak payah tunggu lama-lama. Ini sebahagian dari gambar yang sempat dirakam pada malam tu.
Tuesday, January 24, 2012
Jom ramai2 ke Bali
ASSALAMUALAIKUM semua! Aku baru balik dari Bali. Pergi bercuti. Ada jemputan dari kawan untuk ke sana. Aku cuma bayar tambang kapal terbang saja. Aku ke sana dengan Air Asia. Penerbangan makan masa dua jam setengah, lebih kurang.
Tak sangka jemputan ini menarik sekali. Aku dipelawa duduk di Jimbaran di Bali. Jimaran terkenal dengan makanan laut yang seday dan berpatutan harga. Aku tinddal di sebuah villa dua tingakt dua bilik, satu di atas satu lagi di bawah. Siap dengan kolam renang sekali! Orang Bali ni sangat kreatif. Lebih 90 peratus penduduk Bali ialah orang Indonesia beragama Hindu. Aku di sana selama 5 hari 4 malam, bermula dari 16 Januari. Tiga malam tidor di Jimbaran dan satu malam tido di Seminyak, pusat shopping yang sangat popular di kalangan pelancong.
Lihat gambar2 yang sempat aku rakam termasuk gambar villa yang aku tinggal, pemandangan di sekitar Bali. Orang Bali tanam padi di tepi jalan dan di mana juga ada tanah kosong. Menarik dan cantik. Aku juga sempat menonton tarian Barong di situ.
Subscribe to:
Posts (Atom)